Sunday, April 1, 2007

JEJAK PERINTIS,DUNIA DAN GLOBALISASI.

Dunia hari ini seolah-olah dapat memberitahu kita apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.Tidak kita sedari dunia yang besar ini sudah dibawah jajahan barat.Apakah mereka memiliki dunia kerana dengan adanya teknologi canggih atau dengan rancangan mereka yang strategik.Atau ada benda yang lain tidak kita tahu.Tidak disangka fitnah masihhudajjal sudah begitu meluas.saban hari juga pemainan ini menjadi raja dalam kehidupan kita sehingga lupa apa tugas kita yang sebenarnya.

Apakah yang bakal terjadi lagi kepada dunia selepas generasi kita mati kelak.Dasar demi dasar diperkenalkan kepada seisi dunia untuk mempertahankan politik dan ekonomi Negara masing-masing.Sifir yang dipakai oleh mereka hanya menumpukan pada satu benda iaitu menakluki kekayaan dunia.Sunnah Rasullulah semakin diketepikan. Sunnah apakah yang menjadi pakaian mereka bagi mencerminkan peribadi seorang hamba? Lantas, apa yang mereka fikirkan adalah apakah strategik politik yang bakal ditampilkan dimata dunia sebagai tanda kemajuan dan inilah yang mencerminkan peribadi sesebuah Negara.

Fikirkanlah kembali.jangan kita ubah perseksif kita tentang apa yang Nabi Muhammad bawa untuk memajukan daulatnya tidak boleh digunapakai lagi untuk zaman ini.Sahabat,jadikanlah ia sebagai model untuk membangunkan Negara Islam.

Pada zaman Nabi lagi globalisasi sudah wujud. Cuba kita fikirkan kembali sejarah Nabi dimana Nabi berniaga semasa kecil bersama datuknya di Sham.Nabi adalah seorang perintis yang bijak.Baginda melihat cara perniagaan orang yahudi pada masa itu sangat maju.Lantas baginda menggunakan cara dan tektik orang yahudi itu masuk kedalam perniagaan baginda.

Jika kita selami lagi sejarah dakwah Nabi Muhammad s.a.w,Nabi menyebarkan dakwah kepelusuk dunia dengan menggunakkan sepucuk surat yang ditulis oleh para sahabat dan kalam nabi sendiri kepada sultan yang memerintah pada masa itu untuk mengajak mereka masuk ke Islam..
Inilah globalisasi…….

Pada abad ke 19.teknologi,ilmu Saintis,perubatan dan banyak lagi telah diperkenalkan.Ramai diantara golongan-golongan cendiakawan ini adalah berbangsa Arab(Islam).Contohnya Ibnu Sina,Ibnu Haitham,Ibnu Khaldun dan ramai lagi.

Kemajuan yang kita perolehi sekarang adalah percikkan dari ilmu yang kita kaji.Tidak lain dan tidak bukan,kajian ini berdasarkan ilmu yang telah diperolehi dari kitab-kitab karangan golongan Ilmuan terdahulu dan segala ilmu-ilmu yang diperolehi hakikatnya sudah termaktub didalam Alquran kitab yang Suci.

Walaupun para ilmuan mempunyai perseksif sendiri dalam kajian mereka,namun ada diantara mereka tidak putus untuk menyelidiki dari semasa ke semasa.Sebagai contoh,ahli sejarahwan Negara,mereka tidak mempersepakati kisah-kisah sejarah yang lampau adalah benar kerana semuanya memerlukan bukti yang kukuh walaupun telah termaktub dalam buku sejarah.Jika tiada bukti ia hanyalah mitos atau lagenda atau sosio-memori.

Disebabkan dengan cetusan pemikiran-pemikiran baru inilah perubahan dunia turut berlaku.Pemerintahan barat yang memonopoli semua kekayaan,ilmu dan sudut-sudut yang lain seolah-olah telah meraih kemenangan mereka kerana mereka juga telah berjaya mempengaruhi pemikiran manusia.

Namun Islam bukanlah diam tanpa berbicara.Disudut ruang yang tanpa mereka sedari 1001 bicara bakal direalisasikan.

Wahai sahabatku..selamatkan Dunia Islam kita…

Janganlah kita bergaduh atau sering berkecil hati kerana benda-benda yang remeh kerana banyak yang perlu kita fikirkanlah lagi tentang Agama kita..

Tiada kekuatan tanpa penyatuan..Kecapilah ilmu dibumi Mesir ini selagi mampu.sebarkanlah ilmu yang ada dan janganlah bongkak.