Sunday, April 1, 2007

JEJAK PERINTIS,DUNIA DAN GLOBALISASI.

Dunia hari ini seolah-olah dapat memberitahu kita apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.Tidak kita sedari dunia yang besar ini sudah dibawah jajahan barat.Apakah mereka memiliki dunia kerana dengan adanya teknologi canggih atau dengan rancangan mereka yang strategik.Atau ada benda yang lain tidak kita tahu.Tidak disangka fitnah masihhudajjal sudah begitu meluas.saban hari juga pemainan ini menjadi raja dalam kehidupan kita sehingga lupa apa tugas kita yang sebenarnya.

Apakah yang bakal terjadi lagi kepada dunia selepas generasi kita mati kelak.Dasar demi dasar diperkenalkan kepada seisi dunia untuk mempertahankan politik dan ekonomi Negara masing-masing.Sifir yang dipakai oleh mereka hanya menumpukan pada satu benda iaitu menakluki kekayaan dunia.Sunnah Rasullulah semakin diketepikan. Sunnah apakah yang menjadi pakaian mereka bagi mencerminkan peribadi seorang hamba? Lantas, apa yang mereka fikirkan adalah apakah strategik politik yang bakal ditampilkan dimata dunia sebagai tanda kemajuan dan inilah yang mencerminkan peribadi sesebuah Negara.

Fikirkanlah kembali.jangan kita ubah perseksif kita tentang apa yang Nabi Muhammad bawa untuk memajukan daulatnya tidak boleh digunapakai lagi untuk zaman ini.Sahabat,jadikanlah ia sebagai model untuk membangunkan Negara Islam.

Pada zaman Nabi lagi globalisasi sudah wujud. Cuba kita fikirkan kembali sejarah Nabi dimana Nabi berniaga semasa kecil bersama datuknya di Sham.Nabi adalah seorang perintis yang bijak.Baginda melihat cara perniagaan orang yahudi pada masa itu sangat maju.Lantas baginda menggunakan cara dan tektik orang yahudi itu masuk kedalam perniagaan baginda.

Jika kita selami lagi sejarah dakwah Nabi Muhammad s.a.w,Nabi menyebarkan dakwah kepelusuk dunia dengan menggunakkan sepucuk surat yang ditulis oleh para sahabat dan kalam nabi sendiri kepada sultan yang memerintah pada masa itu untuk mengajak mereka masuk ke Islam..
Inilah globalisasi…….

Pada abad ke 19.teknologi,ilmu Saintis,perubatan dan banyak lagi telah diperkenalkan.Ramai diantara golongan-golongan cendiakawan ini adalah berbangsa Arab(Islam).Contohnya Ibnu Sina,Ibnu Haitham,Ibnu Khaldun dan ramai lagi.

Kemajuan yang kita perolehi sekarang adalah percikkan dari ilmu yang kita kaji.Tidak lain dan tidak bukan,kajian ini berdasarkan ilmu yang telah diperolehi dari kitab-kitab karangan golongan Ilmuan terdahulu dan segala ilmu-ilmu yang diperolehi hakikatnya sudah termaktub didalam Alquran kitab yang Suci.

Walaupun para ilmuan mempunyai perseksif sendiri dalam kajian mereka,namun ada diantara mereka tidak putus untuk menyelidiki dari semasa ke semasa.Sebagai contoh,ahli sejarahwan Negara,mereka tidak mempersepakati kisah-kisah sejarah yang lampau adalah benar kerana semuanya memerlukan bukti yang kukuh walaupun telah termaktub dalam buku sejarah.Jika tiada bukti ia hanyalah mitos atau lagenda atau sosio-memori.

Disebabkan dengan cetusan pemikiran-pemikiran baru inilah perubahan dunia turut berlaku.Pemerintahan barat yang memonopoli semua kekayaan,ilmu dan sudut-sudut yang lain seolah-olah telah meraih kemenangan mereka kerana mereka juga telah berjaya mempengaruhi pemikiran manusia.

Namun Islam bukanlah diam tanpa berbicara.Disudut ruang yang tanpa mereka sedari 1001 bicara bakal direalisasikan.

Wahai sahabatku..selamatkan Dunia Islam kita…

Janganlah kita bergaduh atau sering berkecil hati kerana benda-benda yang remeh kerana banyak yang perlu kita fikirkanlah lagi tentang Agama kita..

Tiada kekuatan tanpa penyatuan..Kecapilah ilmu dibumi Mesir ini selagi mampu.sebarkanlah ilmu yang ada dan janganlah bongkak.


Saturday, March 24, 2007

Selamatkanlah Malaysia>>



ya Allah..cucurilah rahmatnya keatas malaysia..
ya Allah.. ya Rahman cucuri rahmati dan berkatMu.. keatas negara malaysia....
kerajaannya,rakyatnya aset2 dan seluruh isinya..
>>jadikanlah negara ini pndtg toibatul walgafur...
>>satukan rakyatnya tidak kira etnik bangsa dan agama...
ya Allah.. berilah hidayah dan taufik seluruh rakyatnya,,pemimpin,ulama2 dan pegawai dan seluruh penduduknyaa.
selamatkanlah kami dr kehinaan dan juga bala bencana... makmurkanlah rakyatnya aman damaikan kami spnjg masa..
majukanlah insanniah kami..dan majukanlah negara kami ..jauhkan kami dr sbrg jenayah..dan dr gejala yang tidak sihat...
>>selamatkanlah kami dr musuh2 yang berniat jahat ..berilah kami iman berilah kami takwah, perpaduan sbg kekuatan..
>>jadikanlah malaysia negara contoh..setidaknya bagi negara islam seluruh dunia
jadikanlahh malaysia,,madinah kedua sbg ulama sejarah,yang mana ia berjln didalam suasana..alQuran dan assunnah..
>>Itulah cita2 kami yaAllah...ya tuhan kami..kabulkanlah permintaan dan hajat kami.,
sesuai dgn cita2 perdana menteri kami.. untuk mmbgnkan Islam Hadhari..
dunianya maju dan cahaya akhiratnya lebih2 lagi...
Amin..Ya Allah..

Pantun tak payah dikerat>>>

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Your Eyes not Blind

Friday, March 23, 2007

sedarlah diri>>>>>>>>>

renungan...

Pertama,ada yang pandai dan genius tapi menyalahgunakan kepandaiannya malah sombong dan bongkak.. dia tidak pernah terfikirkah...kewujudan dia dalam dunia ini tiada makna kerana mengabaikan ahli dunia....seolah2 semua orang ada di bawahnya..

Kedua,ada yang bodoh tapi malu bertanya...kerana difikirkan jatuh air muka bila bertanya...
dia tidak pernah terfikirkah..dunia yang semakin maju ini tidak mahu orang sepertinya....
Apakah sifat kedua-dua diatas tadi ada pada diri anda...???
jika ada cepat-cepatlah sedarkan diri....

sahabat...
Dunia ini memerlukan 'Pembawa Ilmu' yang memberi manfaat kepada orang lain...bermasyarakat,bermoral dan berkualiti...setanding dengan cita-cita yang mesti kita realisasikan..memajukan dan menyatupadukan umat..kearah kecemerlangan dunia dan akhirat lebih-lebih lagi.

Kita bukan melintas seperti ayam..tanpa memandang kekanan dan kekiri... dan bukanlah burung merak yang cantik tapi tidak tahu terbang....
bukan juga seperti bulan walaupun bercahaya namun hakikat pada dasarnya berlekuk-lekuk..
tapi jadikanlah diri kita insan yang bergelar 'Penggoncang Dunia'..tidak kira tua ataupun muda..bila dicampak kemana2 sahaja ada gunanya...dan dia sangat berguna>>>

>>>>Jangan malu bila bertanya jika tidak tahu atau tidak faham..kerana orang yang tahu pun asalnya dari tidak tahu..jadi bertanyalah.. firman Allah..
تسال اهل الذكرى ان ككنتم لا تعلمون .


Kepada mereka yang pandai dan sombong..janganlah kedekut ilmu..ilmu yang ada datang dari Allah..ilmu yang ada pada kamu pun bukan terlalu banyak
firman Allah.. وما أوتيتم من العلم الا قليل ا
dan firman Allah yang lain..
ولا تمشي فى الأرض مرحا ا

benarlah kata2 Allah yang Maha Agong>>>



Syukur sungguh dehearty ini..dikurniakan Teman Sejati..menunjuk jalan dekatiNya,,tika dalam kebuntuan....
betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri mengajar ku mengenal erti Cinta suci yang abadi....
tiada menjadi impian selain rahmat kasih Mu Tuhan yang terbias pada ketulusan sekepina hati seorang insan bernama TEMAN...............

segala suka dan duka yang dilalui bersama indahnya kenangan yang pernah tercipta....leburkan keegoaan hulurkan kemaafan..semoga sentosa dalam KEREDHAAN....

Terpatri sebuah ikatan.. hadapi segala rintangan.... indahnya... sinar bercahaya..dan tiba saat bebicara.. akan tiba yang dijiwa ...berpisah mangajar kita yang dimpit sekian lama....
kan ku abadi risalah gemilang ..suka duka manisnya kenangan..bersemadi di ingatan...moga kan kekal spjg zaman..
yang ku hrpakn ketenangan...melayari hidup sdrian... dlm mengajar impian moga tetap dirahmati Tuhan.....


"serendah ukhwah adalah berlapang dada..setinggi2 ukhwah adalah Ihsan....'

لا التقوى ألا بالصحابه ,لا الايمان الا بالتقوى, لا اخوة الا بالايمان


(hadis sohih)




Hikmah seseorang hamba>>>


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat 9:Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Ayat 11:Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.... Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah... Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.